Firman Allah S.W.T:
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ
وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ
آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ
قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Kamu akan dapati (wahai Muhammad S.A.W) manusia yang paling bermusuh terhadap orang-orang beriman itu ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrikin. Dan kamu akan dapati (wahai Muhammad S.A.W), orang yang paling dekat kasih sayangnya terhadap orang beriman ialah orang-orang Nasara Kristian, kerana ada kalangan mereka (paderi-paderi dan pendeta-pendeta rahib) yang menegaskan  dan mereka tidak sombong dan tidak takabbur.

(al-Maidah: 82)

Quran adalah petunjuk sehingga Hari Kiamat, mukjizat ilmu yang berterusan.
Kita baca dalam Sirah Nabawiyyah, bagaimana orang-orang Yahudi ahli kitab
yang mengetahui berkaitan dengan Nabi Muhammad S.A.W, Rasul akhir
zaman di dalam kitab mereka Taurah, Injil, diberitahu oleh Nabi-Nabi dan
Rasul-Rasul A.S mereka, oleh ulama-ulama mereka.

Sebahagian besar daripada mereka berkampung di Al-Madinah Al-
Munawwarah kerana melihat tanda-tanda berlakunya Hijrah di situ. Bila
datangnya Rasul itu, mereka kufur, mereka menentang. Mereka merancang
menubuhkan bala tentera Ahzab untuk menyerang negara Islam. Merancang
membunuh Nabi S.A.W dan meracunnya. Kewafatannya kesan dari racun itu.
Di mana perancangan Ahzab ini berterusan sepanjang zaman. Mereka terlibat
seperti dijelaskan dalam kuliah yang lalu, dalam menjatuhkan Khilafah
Uthmaniyyah. Setelah Theodor Herzl gagal merasuahkan Sultan Abdul Hamid
Khalifah Uthmaniyyah yang terakhir. Di kala Uthmaniyyah dalam keadaan
yang sangat lemah, berlakunya kekacauan dalam kerajaan. Usaha nak
dipulihkan gagal.

Mereka menemui Sultan Abdul Hamid melalui Theodor Herzl, menawarkan
berjuta-juta pound di masa itu, di zaman kerbau harga lima ringgit tahun
1900. Walaupun dalam keadaan yang terdesak, Sultan Abdul Hamid menolak
dengan keras. Tidak akan menodai sejarah Islam yang telah ditegakkan oleh
Sultan-sultan Uthmaniyyah.
Tetapi pemimpin-pemimpin Arab berjaya diperalatkan di atas semangat
Nasionalisme, sehingga jatuhnya Uthmaniyyah, dilaksanakan Sykes-Picot,

Perjanjian Balfour; Asia Barat dibahagi-bahagikan kepada pemimpin-
pemimpin dan Raja-raja yang menyokong untuk menjatuhkan Uthmaniyyah.
Isu baru isu Baitul Maqdis melibatkan Zionis disiar dalam media boleh dibaca.
Berlakunya tawaran yang termahal di abad ini kepada pemimpin-pemimpin
Palestin oleh kalangan negara Arab. Menawarkan beberapa billion dollar
untuk menubuhkan negara baru di Sinai bagi orang-orang Palestin.
Peruntukan yang lumayan, membuka bandar baru dengan menyerahkan
Palestin dan Baitul Maqdis kepada negara haram Israel.

Alhamdulillah, tidak ada pemimpin Palestin yang berani menerima tawaran
itu. Kumpulan-kumpulan Islam Hamas dan Tanzim Jihad menolak dengan
keras. Bahkan berita yang mutakhir,  mereka memulaukan persidangan
Palestin di Tebing Barat yang diadakan kelmarin dan hari ini.
Disebalik rekayasa pertembungan

Perlu kita tahu bagaimana permainan politik yang sangat licik dan orang kita
yang membaca kitab Fekah kena baca juga perkembangan politik. Sejak tahun
90-an lagi, beberapa pemimpin Amerika, khususnya yang
mengepalai 'order' baru dunia, menguar-uarkan dalam media bahaya Syiah
terhadap Sunni. Al Hilal Syiah, setelah berlakunya Revolusi Syiah di Iran,
mereka mengatakan Iran akan mengembangkan pengaruh negara Parsi,
membahayakan orang Arab.

Bahkan isu ini tidak ada di zaman Shah. Di zaman Shah, dia bawah Amerika,
pangkalan ke Amerika di Iran ada di masa itu, tak ada isu ini. Tetapi, selepas
Revolusi Islam Syiah di Iran, ditimbulkan isu ini. Adakah isunya Sunni dan
Syiah? Orang Islam mesti faham, orang Islam mesti faham. Betul kita Sunni,
kita Ahli Sunnah, pertahan Ahli Sunnah wal Jamaah, tapi kena faham politik.
Salahuddin Al-Ayyubi yang berjaya membebaskan Baitul Maqdis yang
ditakluk selama satu abad, mengambil langkah berdamai dengan Kerajaan
Fatimiyah Syiah di Mesir. Fatimiyah Syiah di Mesir, dia mendirikan Universiti
Azhar. Azhar ini Universiti Syiah pada asalnya untuk mengembangkan
pengaruh Syiah Fatimah Az-Zahra Al-Azhar. Kerajaan Fatimiyyah.
Salahuddin Al-Ayyubi mengambil pendekatan damai. Beliau sebagai wakil
tentera Ayyubiah naik atas mimbar di Mesir memuji khalifah Fatimiyyah.
Menyebabkan orang marah, apa duduk puji Syiah? Beliau bersabar. Berakhir
dengan selesai masalah dalaman, Mesir bertukar menjadi Sunni. Jami’ Azhar
di Mesir, Ahli Sunnah sampai hari ini. Baitul Maqdis berjaya dibebaskan. Ini
mesti faham. Adakah isu ini ataupun isu menyelamatkan Israel?
Negara Arab yang sudah dibeli dengan kesenangan dan kemewahan tidak
membangunkan teknologi mereka. Saya sebut minggu lepas, mereka kaya

sahaja, tapi bodoh. Kaya, bodoh nak buat apa? Dia dalam Syiah yang cerdik,
membangun teknologi, bahkan mereka mentajdidkan Fekah mereka, mereka
buat pilihan raya. Dalam Fekah Syiah tak ada pilihan raya, dia pun boleh buat
pilihan raya.

Negeri Arab yang kuat Sunni ini pilihan raya ke tidak? Diktator. Presiden
boleh dipecat, boleh dijatuhkan. Dibangunkan teknologi dan dibuat
kajian Wilayatul Faqih yang banyak melakukan perubahan dan mencedok
Fekah-fekah Sunni Ahkam Sultaniyah dan lain-lain. Tajdid dilakukan. Dan
mereka membangunkan teknologi.

Turki yang dijaga oleh Barat, jangan muncul lagi. Dalam diam-diam
membangun Turki. Turki membangun. Walaupun Perlembagaan Turki
mengharamkan penubuhan parti yang berunsurkan agama. Mana-mana parti
politik yang membuka ruang untuk agama, diharamkan. Lepas satu, satu,
sehingga parti AK memerintah pada hari ini menghidupkan demokrasi dan
kebebasan. Demokrasi dan kebebasan bukan sahaja untuk Barat, tetapi juga
untuk Islam.
Arak tak boleh diharam, pelacur tak boleh diharam, sangat sulit. Pangkalan
tentera Amerika tak boleh ditutup. Diplomatik dengan Israel tak boleh
diputus. Kalau masjid jangan dikacau. Ceramah agama jangan dikacau.
Kegiatan Islam jangan dikacau. Ini pendekatan yang dibuat oleh Turki dalam
keadaan yang begitu rupa.
Rampasan kuasa tentera Turki yang diatur gagal untuk menggulingkan
Erdogan, gagal. Iran terlibat, Qatar terlibat dalam mempertahankan Kerajaan
Turki, menunjukkan ada kerjasama di antara negara-negara ini.
Namun tawaran baru yang saya sebutkan tadi, bukan sahaja untuk
menubuhkan negara baru Palestin. Termasuk menubuhkan blok baru, blok
Arab kerana Israel untuk menghadapi bahaya Syiah, bukan blok Islam
menghadapi bahaya Israel. Ini percaturan politik yang kita faham.
Tawaran yang saya sebutkan tadi, tawaran yang dikemukakan kepada
Almarhum Yasser Arafat ketika beliau masih hidup. Turki di bawah kerajaan
Sekular yang tegar, menghantar Menteri Luarnya Ismail Cem, saya ingat nama
dia. Berjumpa Yasser Arafat, menawarkan beberapa billion kepada Yasser
Arafat untuk mendirikan negara baru Palestin, serah sahaja Baitul Maqdis
kepada negara Israel.

Arafat menjawab dengan senyum, Yasser Arafat kata saya bersetuju, saya
bersetuju. Tetapi kamu balik ke Turki buat undi pilihan raya di Turki
pungutan suara, tanya rakyat Turki setuju ke serah Baitul Maqdis kepada
Israel? Satu jawapan yang bijak menyebabkan Ismail Cem keluar dalam
hampa. Buat pilihan raya demokrasi, tanya orang Turki, orang Turki setuju ke
tidak?

Baitul Maqdis milik Islam

Baitul Maqdis adalah isu Islam, bukan isu Arab, isu Islam, isu agama.
Walaupun mereka tololkan ini isu Palestin, isu Arab, isu nasionalisme, tidak,
ini isu Islam. Islam yang berhak di Palestin. Kalau di atas nama kebangsaan,
baik bagi dekat Yahudi. Yahudi sendiri tidak berhak terhadap Palestin. Mereka
ke negeri Islam.

Islamnya Palestin ini Allah menugaskan Ibrahim A.S supaya merasmikan
Palestin setelah Nabi Ibrahim A.S dihalau daripada Babil, Babylon, berhijrah
ke Palestin, ke Mesir. Balik ke Palestin dan mendirikan bumi Palestin,
menghidupkan walaupun sudah ada penduduk di situ. Al Yabusiyun, dulu dari
Yahudi lagi, dan Ibrahim memakmurkan Palestin.

Di mana Ibrahim adalah bapa kepada penganut-penganut agama besar
Yahudi, Kristian dan Islam, termasuk Musyrikin. Orang Musyrikin juga
memuja Ibrahim. Dalam Hindu antara tuhan ialah Brahma. Brahma, mereka
anggap sebagai tuhan, itu Ibrahim, setelah pengaruhnya masuk ke India.
Yahudi memuja Ibrahim, Kristian menyebut Abraham, orang Islam juga
memuja Ibrahim disebut dalamtasyahhud akhir. Allah menyatakan:
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِنْ كَانَ
حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

(Ali Imran: 67)
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ

Bahkan dalam ilmu qiraat, qiraat As-Syami (menyebut), "Maa kaa na
Ibraham"

يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا

Ada bacaan ulama,"Maa kaa na Ibraham". Ada bacaan begitu daripada
riwayat As-Syami.
Ibrahim bukan Yahudi, bukan Nasrani, Ibrahim bukan Musyrikin, Ibrahim
adalah seorang Islam. Dan Allah memerintah Bani Israil satu bangsa yang
dilahirkan daripada Ibrahim A.S melalui anaknya Ishak dan cucunya Ya'kub,
maka lahirlah Bani Israil. Ya'kub yang berhijrah ke Mesir, melahirkan bangsa
Israil. Ismail yang berhijrah ke Makkah melahirkan bangsa Arab. Arab dengan
Israel ini, dengan Yahudi sepupu. Sepupu, pupulah. Itu hal lain. Menunjukkan
Islam agama asal.

Setelah wujudnya bangsa Israil keturunan Ya'kub, setelah beribu-ribu tahun,
mereka dipindah di Mesir, Allah memerintah Nabi Musa A.S berhijrah ke
Palestin dengan Allah menunjukkan mukjizat kepada Bani Israil, mukjizat
Musa. Menandakan ke-Rasulannya, ke-Nabiannya supaya Israil, orang-orang
Yahudi mematuhi Nabi Musa A.S. Diberi kitab Taurah yang lengkap kerana
mereka beriman, ditunjukkan mukjizat, Firaun dan bala tenteranya
ditenggelamkan di Laut Merah.
Allah menyuruh mereka masuk ke Palestin, dengan syarat mereka mesti
berjihad, berperang menentang kaum Jabbarin. Apa kata mereka?:
اذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ
"Wahai Musa, pergi kamu dengan tuhan kamu, kami tak mahu pergi kami

mahu duduk di sini sahaja."
(al-Maidah: 24)

Ini orang Yahudi, sehinggalah Allah mewafatkan Musa dan Harun A.S,
disesatkan selama 40 tahun. Lahir generasi baru, Yusya’ bin Nun
membebaskan Palestin. Ditegakkan kerajaan yang menjalankan Kitab
Taurah. Di antaranya kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman A.S. Wakil Israel
di Bangsa-Bangsa Bersatu, saya ikuti ucapan dia. Antara hujahnya ialah Nabi
Daud yang mendirikan kerajaan di Baitul Maqdis.
Siapa Nabi Daud? Nabi Daud yang beramal dengan Taurah, Nabi yang Islam,
Sulaiman yang Islam, bukan Sulaiman yang kafir, yang meninggalkan Taurah.
Di sini hikmat Allah menyebut kisah Bani Israil dalam al-Quranul Karim.
Disebut dalam Quran kisah Nabi Yusuf, Nabi Ya'kub, Nabi Ibrahim, Nabi Daud
dan Sulaiman disebut dalam Quran. Dan disebut hukum-hukum yang sama
dalam Quran dan Taurah. Hukum Qisas dan Hudud yang jadi isu pada hari ini,
disebut dalam Taurah, sama dengan Taurah.
Bahkan kita penganut Islam dihalalkan memakan sembelihan orang Yahudi,
halal dan haram dekat, menunjukkan persamaan agama. Tetapi kitab mereka
dinasakhkan. Islam adalah agama Allah untuk manusia, bukan untuk orang
Yahudi sahaja. Tapi mereka fanatik kaum, seolah-olah Islam ini untuk orang
Yahudi. Nabi bangsa Yahudi, mereka nak ajar Allah Taala. Mereka dilaknat
oleh Allah.

فَبَاءُوا بِغَضَبٍ عَلَىٰ غَضَبٍ
"Mereka diwabakkan dengan kemurkaan."

(al-Baqarah: 90)

Kemurkaan di atas kemurkaan bertalu-talu, membunuh Nabi-Nabi dan Rasul-
Rasul. Mereka tidak layak untuk mewarisi Palestin, dan Allah mengisytiharkan
‘Alamiyyah Muhammad S.A.W pada malam Israk dan Mikraj, sembahyang

berjamaah di Baitul Maqdis. Nabi tak minta jadi imam, Nabi tak minta jadi
imam. Sekarang ini jangankan imam, Perdana Menteri pun orang minta. Jibrail
pegang tangan Nabi, Nabi jadi imam.
Semua Nabi-Nabi sembahyang di belakang, sembahyang berjamaah,
menandakan Islam adalah agama Nabi-Nabi A.S. Palestin adalah Islam. Baitul
Maqdis adalah Islam. Mereka telah berjaya memperkecil dan mengecilkan isu
Palestin, daripada isu Islam jadi isu Arab. Isu Palestin isu Baitul Maqdis.
Kemudian isu Baitul Maqdis Timur dan Barat. Banyak pemimpin negara Islam
dalam ucapannya menerima Baitul Maqdis Timur untuk orang Islam, Barat
untuk Yahudi. Ada yang berucap macam ini. Mahdi dari Baitul Maqdis,
kecilkan lagi pula. Sedangkan Baitul Maqdis adalah untuk orang Islam. Dan
Islam tidak menghalang penganut agama-agama lain.
Namun Allah Taala mengajar kita, mengajar umat Islam, bila meninggalkan
Islam, maka umat Islam jadi hina, jadi lemah, mereka ditakluk. Dan Allah tidak
mengizinkan agama Islam ini mati. Cahaya tak boleh dipadam.
Perjuangan menentang Yahudi

Saya ulangi balik apa yang disebut apabila dilaksanakan Perjanjian Sykes-
Picot. Yahudi berhijrah ke Palestin, berlaku protes di Baitul Maqdis.
Pemimpinnya Syeikh Muhammad Amin Al-Husaini, Mufti Palestin yang
pernah dijemput di Tanah Melayu dalam Musabaqah Quran yang pertama
tahun 1960, Mufti Palestin.
Amin Husaini diburu oleh pihak Berikat kerana dalam Perang Dunia, yang
kedua beliau berpihak kepada Hitler kerana beliau berjumpa dengan Hitler,
ada gambar, disiar dalam perjumpaan dengan Hitler. Hitler menjanjikan untuk
menyerahkan Palestin balik ke orang Arab. Hitler kalah. Amin Husaini diburu,
termasuk dalam senarai dikehendaki oleh pihak Berikat.
Tapi alhamdulillah, negara Arab tak sanggup serah dia. Tinggal di Mesir,
tinggal di Lubnan, menetap di Moscow, tapi Tunku (Abdul Rahman),
Almarhum Tunku jemput dia datang Musabaqah Quran tahun 60, ada juga
peranan Tunku datang ke sini Musabaqah Quran tahun 60, yang tua-tua masih
ingat dia datang.
Dia mengepalai gerakan menentang Yahudi di Palestin. Berlaku demonstrasi,
bantahan melibatkan seluruh dunia Islam, bukan sahaja orang Arab, bahkan
Presiden kita yang kedua Dr Burhanuddin dikatakan pernah ditahan di Baitul
Maqdis kerana terlibat dalam demonstrasi itu, dalam tahun 40-an, Dr
Burhanuddin. Orang PAS ini dah lama dah terlibat, sebelum merdeka lagi,
sudah terlibat dalam perjuangan ini.

Dan kita berjaya menggunakan pengaruh kita untuk menghalang Malaysia
mengiktiraf Israel, sehingga hari ini alhamdulillah Malaysia tak iktiraf Israel
walaupun negara Arab sendiri sudah iktiraf Israel. Bodoh-bodoh Malaysia pun
tak iktiraf Israel, Pakistan tak iktiraf Israel, Indonesia tak iktiraf Israel kerana
kekuatan rakyat, kekuatan rakyat.
Apa yang menarik, yang mutakhir ini Datuk Bandar London, Sadiq Khan, bila
Trumph nak pergi melawat London, dia membuat kenyataan, dibantah. Dia
akan kerahkan London demonstrasi untuk menghalang Trumph melawat
London, kerana menyerah Baitul Maqdis, pindah kedutaan Amerika di Baitul
Maqdis. Tapi beberapa negara Arab sambut Trumph dengan karpet merah, ini.
Orang Pakistan pula bersungguh. Orang Arab tak sungguh, bukan semua Arab
sungguh. Rakyat Arab tidak.

Dan kita perlu memahami bahawa Israel mempunyai agenda yang besar.
Agenda Freemason dan Zionis untuk mengembalikan empayar Kerajaan Nabi
Sulaiman A.S, mencari Tabut. Tabut ialah peti mukjizat yang membawa Thalut
dan Nabi Daud mengalahkan Jalut, disebut dalam Quran. Kalau ada Tabut ini,
menang dalam peperangan. Mereka menggali keliling dan membuat terowong
di bawah Masjid Aqsa untuk mencari Tabut bagi menakluk dunia. Pusatnya di
Israel.

Dan di sana terdapat kepercayaan di dalam beberapa mazhab Kristian. Dalam
mazhab Katolik Protestan dan beberapa mazhab Ortodok, yang mempercayai
perlunya gabungan Yahudi dan Kristian untuk menentang umat Islam bagi
menubuhkan empayar dunia yang berpusat di Israel menunggu kelahiran Al-
Masih, yang disebut dalam Hadis, Al-Masihu Dajjal, disebut oleh Nabi
S.A.W, Al-Masihu Dajjal, akan lahir di akhir zaman menjadi tanda besar akhir
zaman. Al-Masihu Dajjal daripada bangsa Yahudi yang menakluk dunia.
Terdapat dalam kalangan Kristian Zionis bergabung dengan Yahudi,
menunggu kelahiran Al-Masih untuk mendirikan negara agung Israel.
Penglibatan Amerika dan sekutu-sekutunya ada kaitan dengan ini. Namun
disebut dalam Hadis-hadis yang sahih lagi mutawatir, orang Islam akan
mengalahkan Yahudi di akhir zaman.

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود

ويختبئ اليهودي
وَرَاء الشَّجَرِ والْحَجَرِ
فقال الحجر يهودي وراء فاقتله
الا شجرة الغرقد

"Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehingga orang Islam menghapus,
membunuh Yahudi. Sehingga orang-orang Yahudi berlindung di sebalik

kayu dan batu. Kami yang batu memberitahu, "Wahai orang Islam, ini

Yahudi di belakangku, sila datang hapuskan dia"."

Ini Hadis dalam Shahih Bukhari.Dan di sana Hadis-hadis disebut dalam kitab
Hadis. Nuzul Isa A.S, turunnya Nabi Isa A.S termasuk dalam tanda akhir
zaman. Dan zahirnya Imam Mahdi termasuk dalam tanda akhir zaman. Jangan
dipandang lekeh. Walaupun khilaf di antara ulama-ulama, antara Sunni
dengan Syiah, khilaf tentang Imam Mahdi.
Tunggu Imam Mahdi?

Syiah Imamiyah mengatakan Imam Mahdi sudah zahir sejak ribu tahun yang
lalu, bersembunyi di Iraq dalam tanah, akan muncul di akhir zaman. Syiah
Nakhawilah yang tinggal di Madinah, ramai di Madinah ada Syiah, peniaga di
pasar, sebahagian berniaga pasar, sebahagiannya penjual daging di pasar.
Yang kata Syiah kafir itu jangan beli daging dekat pasar Madinah itu, ada
Syiah, dia jual daging. Jangan cepat sangat kata kafir-kafir ini.
Mereka percaya Muhammad bin Hanafiyyah adalah Mahdi, bersembunyi di
Gunung Radhwa, gunung yang di antara Makkah dan Madinah. Disebut oleh
Ibnu Khaldun dalam Al-Muqaddimah, kepercayaan Syiah Nakhawilah. Sunni
mengatakan zahir macam manusia biasa di akhir zaman. Salah seorang
pemimpin yang akan memimpin ummah untuk mengembalikan keadilan
setelah dipenuhi dengan kezaliman.
Ada pula orang tak payah mengundilah, tak payah berjuang, tunggu Imam
Mahdi datang. Ada pula macam itu. Ini tak betul. Kewajipan menegakkan
Islam kewajipan di zaman masing-masing, kewajipan di mana orang Islam dia
berada, wajib dia menegakkan Islam, bukan tunggu Imam Mahdi. Hadis
zahirnya Imam Mahdi diriwayatkan oleh lebih daripada 20 orang Sahabat
(R.A), menandakan Hadis mutawatir. Walaupun tak disebut
dengan sarih dalam Shahih Bukhari dan Muslim. Shahih Bukhari menyebut:

كيف انتم إذا منكم ابن مريم وإمامكم منكم

"Bagaimana keadaan kamu bila Isa Ibnu Maryam turun dan pemimpin

kamu kalangan kamu?"

Itu dalam Shahih Bukhari dan Muslim. Tak disebut dalam Sunan Arba’ah, dan
kitab-kitab yang lain. Walaupun di sana ada Hadis maudhu’, hadis palsu, ada
hadis-hadis dhaif, hadis hasan, dan ada hadis-hadis yang sahih lagi
mutawatir, tak boleh dinafikan. Akan tiba masanya.

Tiba masanya turun Isa A.S, Kristian percaya, sebahagian mereka percaya
Nabi Isa disalib, dibunuh. Sebahagian Kristian blok Ortodok mengatakan Isa
akan turun di akhir zaman. Kristian pun khilaf. Yang peliknya, Kristian yang
kata Yahudi bunuh Nabi Isa, sokong Yahudi pula. Ini.
الضَّالِّينَ
*_"Yang sesat."_*
(al-Fatihah: 7)

Ini salah. Dia percaya bahawa Nabi Isa ini dibunuh oleh Yahudi, lepas itu dia
sokong Yahudi, yang bunuh tuhan dia. Apa agama macam ini? Agama 'Trinity',
tiga dalam satu, satu dalam tiga, macam kopi. Kopi campur tiga kan? Ada. Ini
kepercayaan dia.
Persaingan kuasa-kuasa

Namun Israel membina kekuatan, didedahkan sejak tahun 60-an, seorang
penulis tentera Iraq, Almarhum Jeneral Mahmoud…., telah menulis dalam
buku, tentang pergolakan di negara Arab. Israel telah membina teknologi
nuklear sejak tahun 60-an, dibantu oleh Amerika, British dan Perancis. Di
mana, pusat nuklear dia di Bi’r Al-Saba’ di Palestin.
Barat membenarkan Israel membina nuklear, termasuk senjata nuklear.
Majalah Al-Mujtama’ dalam tahun 1990 mendedahkan kerjasama nuklear
antara Israel dan India. Ujian nuklear Israel dilakukan di India, pendedahan.
Ini antara Yahudi dan Musyrikin, betul tuhan sebut dalam Quran. Mereka
tercabar dengan Pakistan juga menjadi kuasa nuklear, dan tercabar hari ini
Iran menjadi kuasa nuklear. Walaupun mereka membunuh teknologi nuklear
di Iraq dan Libya, serangan terhadap Iraq, serangan terhadap Libya adalah
untuk menghapuskan kuasa nuklear kepada dunia Islam.
Tak nafi bahawa Saddam ini zalim, Ghaddafi zalim, tetapi matlamat dia bukan
sekadar dengan Ghaddafi, matlamat dia nak bunuh sebarang kekuatan umat
Islam. Orang Islam mesti faham, ini.
Barat meminta supaya Professor Abdul Qadeer daripada Pakistan pakar
Nuklear Pakistan yang sudah tua uzur sekarang, diserah kepada Amerika
untuk ditahan di Amerika. Kalau ditahan pun dia tak boleh, dia sakit, uzur,
perlu rawatan perubatan. Kami tak benar dia pergi kerana dia uzur, tak tahu
uzur sungguh ke uzur syar’ielah.
Iran dan Turki sedang membangun, walaupun mengikut hukum syarak,
hukum syarak, difatwakan oleh ulama bahawa haram menggunakan senjata
nuklear. Tak boleh kerana dalam peperangan tak dibenarkan membunuh
orang tua, membunuh kanak-kanak, membunuh paderi, membunuh peniaga,

membunuh petani, membunuh orang awam, merosakkan kebun orang awam,
tak dibenarkan oleh hukum Islam. Ini syariat Islam, mendahului undang-
undang antarabangsa.
Tetapi membina kekuatan untuk menggerunkan musuh, diizinkan oleh
syarak. Kita tak dibenarkan membalas dendam terhadap musuh macam dia
buat kepada kita. Di sinilah menyebabkan Islam diterima oleh manusia di
seluruh dunia kalau Islam ini menang. Ini sangat menakutkan mereka.
Apa yang penting, mereka menggunakan orang Islam untuk memukul orang
Islam, melaga, mengadu dombakan orang Islam apabila mereka menganggap
orang Islam sudah mula mara ke depan pada hari ini, munculnya negara baru
Iran, munculnya Turki.
Turki muncul ke depan. Kegagalan rampasan kuasa di Turki telah mengheret
Turki bergabung dengan Iran dan Rusia menjadi gabungan baru antara Turki,
Iran dan Rusia untuk menghadapi Barat diketuai oleh Amerika. Ini perubahan
dalam blok dunia, yang kita tahu pada hari ini, ini diatur oleh Allah S.W.T.
Rusia daripada Komunis kepada Ortodok, Kristian Ortodok. Ortodok ini lain
dengan Protestan dan Katolik. Amerika menganggap Rusia adalah
pencabarnya. Bila Rusia bergabung dengan Islam, sudah tentulah menjadi
satu kekuatan yang baru yang mencabar Amerika.
Dilakukan satu permainan politik yang mesti kita faham. Barangkali saya
masih ingat beberapa bulan yang lalu, jet pejuang Turki telah menembak
Sukhoi Rusia. Saya boleh sebutkan dalam perjumpaan sikit-sikitlah. Jatuh
kapal terbang Rusia. Tujuan untuk melagakan Rusia dengan Turki, dan Iran
dengan Turki. Ini permainan politik.
Yang berakhir dengan Turki menangkap juruterbang yang menembak Sukhoi,
dan dibuat siasatan, rupanya juruterbang ini adalah yang bertugas di Itali,
pangkalan tentera NATO di Turki yang ada kaitan dengan CIA. Ini yang
berlaku.
Motif selamatkan Israel

Yang terakhir ialah perdamaian antara pejuang-pejuang Syria, dengan
Kerajaan Syria. Peperangan yang berlaku di Syria yang berlaku di Yaman,
sebenarnya bukan masalah Syria dan Yaman, kita tahu ada masalahnya.
Sebenarnya adalah gangguan untuk menyelamatkan Israel dan Baitul Maqdis
pada Yahudi, ini permainan percaturan politik yang kita kena faham. Kerana
Yaman, Syria, Sudan adalah pangkalan untuk membantu pejuang-pejuang
Palestin, Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah daripada Syiah di Selatan
Lubnan. Ini.

Khususnya bila beberapa peperangan di Gaza, dan peperangan di Selatan
Lubnan, membuktikan bahawa Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah
mempunyai senjata-senjata yang tak boleh dipintas oleh roket-roket Amerika
yang mempertahankan Israel. Ini menyebabkan mereka kacau.
Ancaman yang besar kepada Israel pada hari ini ialah teknologi baru yang
dipunyai oleh Hamas, Jihad dan Hizbullah yang boleh menyerang Israel apa
yang disebut Kubah (Iron Dome). Yang diberi oleh Amerika dengan sistem
pertahanan peluru perpandu yang boleh mengawal Israel; ditembusi oleh
senjata-senjata baru yang dipunyai oleh Hamas, Jihad dan Hizbullah.
Sudah tentulah ada negara luar yang membantu gerakan balas. Maka
bagaimana untuk menyekat bantuan ini ialah menghancur negeri-negeri yang
menjadi dianggap sebagai pangkalan, mengacau Yaman. Yaman adalah pintu
masuk ke Laut Merah, mengacau Somalia pintu Laut Merah, mengacau Sudan
pintu Laut Merah. Dan mengacau Syria bukan kerana Bashar Al-Assad itu
zalim, tapi untuk menyelamatkan Israel.
Ini mesti dibaca. Inilah pertembungan antarabangsa yang orang Islam kena
faham, kena tahu. Sekarang ini zaman media baharu, yang tahu banyak bahasa
lagi banyak maklumat. Tetapi semua maklumat itu hendaklah ditabayyun,
hendaklah ditapis benar ataupun salah, dan dibuat andaian-andaian. Andaian-
andaian dan membuat keputusan yang tepat, dan dikaji perkembangan yang
berikutnya, di sana akan terdapat kebenaran. Bagaimana berlakunya
percaturan politik untuk menyelamatkan Israel. Namun kita yakin dan
percaya, semua perancangan itu tidak boleh menyekat agenda Allah S.W.T.
وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
"Mereka merancang, Allah Taala juga merancang, mereka merancang
tipu daya, Allah Taala merancang untuk mengalahkan tipu daya mereka."

(Ali-Imran: 54)

Terjadi Malhamah Kubra

Walaupun makar ini sering digunakan untuk perancangan tipu daya yang sulit
waktu malam orang tak tahu, Allah Taala Maha Mengetahui. Allah Taala Maha
Mengetahui. Namun di sana ada Hadis-hadis yang banyak, yang mengatakan
bahawa, sebelum dihapuskan Israel itu, akan berlaku Malhamah
Kubra. Malhamah Kubra ialah peperangan yang besar, barangkali perang
dunia yang ketiga, wallahua’lam, yang keempat wallahua’lam, dalam ilmu
Allah Taala.
Peperangan yang besar, macam banjir besar. Bila banjir besar, maka muara
sungai berubah, muka bumi berubah, begitulah juga peperangan yang besar,
boleh mengubah peta dunia. Kita yakin peta dunia akan berubah setelah umat

Islam jatuh dalam pusingan di abad yang lalu, akan naik di abad yang
mendatang.
Kalau sekiranya Baitul Maqdis yang ditakluk oleh tentera Salib selama 100
tahun, Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan selepas 100 tahun. Kita
mengharapkan senario 100 tahun akan berulang bila Revolusi Arab
diisytiharkan tahun 1917 yang menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah, insya-
Allah 2017 akan membawa satu tanda yang menentukan kemenangan kepada
umat Islam. Bagaimana kita diwajibkan beramal, diwajibkan menjalankan
kerja kita. Allah Taala menjanjikan:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ

"Dan bersedialah kamu sekadar kemampuan kamu dengan kekuatan."

(al-Anfal: 60)
Allah Taala suruh umat Islam menyediakan kekuatan.
مَا اسْتَطَعْتُمْ
"Sekadar kemampuan kamu."

Kewajipan persiap kemampuan
Kemampuan tak boleh disembunyikan, Allah Taala Maha Mengetahui. Kalau
sembunyikan kemampuan, Allah Taala tidak menolong. Sekiranya umat Islam
menyediakan kemampuan mengikut kemampuan yang ada pada mereka,
walaupun kemampuan itu tidak sama dengan kekuatan yang ada pada musuh,
Allah Taala memberi kemenangan kepada Islam. Kerana kemampuan yang
ada pada umat Islam itu adalah kewajipan yang ditentukan oleh Allah S.W.T.
Setelah mereka menunaikan kewajipan itu, bagaimana untuk menampung
kekuatan yang lebih kepada musuh? Kekuatan itu adalah pertolongan Allah
S.W.T yang mengatasi kekuatan musuh. Itulah sunnah alam yang berlaku
kepada perjuangan Islam di sepanjang zaman yang kita kena faham. Di sinilah
Saidina Umar Ibnul Khattab R.A mengatakan kepada Sa’ad Bin Abi Waqas,
Panglima Islam yang ditugaskan untuk menghadapi empayar Parsi.
"Wahai Sa’ad, aku pesankan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah."

Takwa adalah senjata yang paling penting bagi orang Islam kerana Allah Taala
tidak menolong melainkan dengan sifat takwa yang ada pada kita. Sekiranya
kita tidak ada sifat takwa, kita mengerjakan maksiat, tidak menunaikan
perintah Allah, maka Allah tidak menolong kita kerana kekuatan kita tidak
sama dengan lawan kita. Jumlah kita tak sama jumlah lawan kita.

Bila Allah Taala tidak menolong kita, maka musuh boleh mengalahkan kita.
Jangan kamu cakap kata Saidina Umar, kita adalah orang yang baik dan orang
yang benar, mesti ditolong oleh Allah. Allah telah menghukum Bani Israel,
mereka adalah umat yang benar di masa itu. Bila mereka mengerjakan
maksiat, mereka dibinasakan oleh Allah S.W.T.
Di sini pentingnya orang Islam menyediakan kekuatan mengikut kemampuan
yang ada pada mereka dan ditambah dengan takwa yang lebih penting
daripada itu. Ini sangat penting.
Walaupun banyak ayat-ayat Quran menyebut tentang peperangan, tetapi
dalam muamalah terhadap manusia, sama ada dalam kontek individu, kontek
jamaah, dalam kontek negara, Islam mendahulukan damai. Damai hendaklah
didahulukan daripada tindakan yang keras kerana matlamat Islam
menyelamatkan manusia seramai-ramai yang mungkin. Kejayaan kita
menunjuk seorang kepada Islam, fadhilatnya sangat besar. Kejarlah untuk
mendapat fadhilat ini. Berjaya menyelamatkan orang dengan Islam, ini sangat
penting.
Memujuk orang datang kepada Islam, ini sangat penting. Ini risalah Nabi-Nabi
yang wajib disambung oleh umat Muhammad S.A.W. Tetapi kerjanya sangat
mencabar. Bukan sahaja Yahudi, Kristian, Musyrikin, termasuklah kalangan
Munafik, dalam orang Islam sendiri, termasuklah di kalangan yang lemah
iman yang menjadi halang perjalanan kepada pekerja-pekerja Islam. Ini
penghalang-penghalang. Sekiranya kita tunaikan kerja dengan baik tersusun,
semua halangan-halangan itu dibawa di atas, ia dengan izin Allah.
Lonjakan isu Baitul Maqdis
Isu Baitul Maqdis yang menarik umat pada hari ini, alhamdulillah telah
berjaya menyatukan umat Islam di seluruh dunia. Bila dibuat sidang
tergempar di Bangsa-bangsa Bersatu, setelah Majlis Keselamatan membuat
sidang khas, divetokan oleh Amerika, dan diminta buat sidang Agung Bangsa-
bangsa Bersatu kerana ada peruntukan dalam peraturan boleh buat dalam
Bangsa-bangsa Bersatu. Walaupun keputusan dia tak boleh dilaksanakan,
tetapi menjadi satu lonjakan politik.
Bila dibuat sidang Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih dari dua pertiga ahli
Bangsa-Bangsa Bersatu tidak menerima langkah Amerika untuk mengiktiraf
Baitul Maqdis adalah ibu negara Israel sepenuhnya. Ini kejayaan awal bagi
umat Islam. Semua negara Islam, termasuk negara Islam yang paling lembik
tak berani, semua ikut sama. Tak apalah, sekadar itulah. Menandakan mudah-
mudahan ada sebesar zarah iman dalam diri dia boleh menyelamatkan dia,
kita harapkan begitu. Perkara ini mesti ada dalam perhatian kita orang Islam
di saat kita sembahyang, kita sibuk buat umrah, Nabi kata:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس

منا

"Barangsiapa yang tak ambil berat berkenaan dengan orang Islam, dia bukan daripada kalangan

kita,"

Nabi kata. Kena ambil berat hal-hal orang Islam ini. Kita kena ambil berat,
jangan kita pandang ringan. Termasuklah tak lama lagi kita akan pilihan raya.
Masih ramai kalangan-kalangan kita ini menganggap pilihan raya ini tak
penting, serupa sahaja siapa memerintah, sama sahaja, tak payah pilihan
rayalah, sibuk duduk kelahi sesama sendiri, tak usah mengundi. Kita mesti
faham bahawa mengundi ini adalah cara untuk mendirikan kerajaan,
mendirikan kerajaan adalah wajib, bukan sunat.
Kerana mendirikan kerajaan yang wajiblah Nabi berhijrah dari Makkah ke
Madinah, kalau tak kerana mendirikan kerajaan itu wajib, maka Nabi tak
berhijrah ke Madinah. Hijrah ini untuk mendirikan kerajaan di Madinah, ini
wajibnya mendirikan kerajaan, kita kena sedar.
Sehingga bila Nabi wafat, para Sahabat bermesyuarat di Tsaqifah Bani Saidah,
sebahagian besar Sahabat tak hadir di kubur masa kebumikan Nabi. Mengikut
adat orang kita bila orang tua mati, mesti ada di kubur, tapi masa Nabi
dikebumikan, sebahagian besar Sahabat bermesyuarat, mesyuarat untuk apa?
Untuk pilih siapa jadi ketua negara, ini pentingnya memilih kerajaan yang
memerintah.
Risiko tidak mengundi
Tiba-tiba terdapat kalangan orang Islam, tak penting, tak mustahak. Lebih
malang lagi orang bukan Islam yang bekerja di Sarawak balik mengundi di
Ipoh, balik sendiri dengan duit dia. Kita duduk dekat rumah mengundi tak
pergi mengundi (bila) orang tak ambil dengan kereta, ini orang Islam punya
akalan.
Dengan sebab satu, gagal kita menegakkan Islam, kita terimalah
tanggungjawab ini. Jangan pandang ringan. Semalam saya sebut dalam
perjumpaan di Kelantan, saya sebut kepada orang Kelantan, sama juga dengan
orang lain pun, sama tahun 2004, kita menang di Kelantan dengan satu kerusi
majoriti, simple majority, simple satu kerusi sahaja. Menang satu kerusi
dengan dua undi sahaja, dua undi, ini kerana cikgu-cikgu Kelantan daripada
Sabah dan Sarawak balik, barangkali dalam dua itu ada orang yang balik
daripada Sabah dan Sarawak dua orang. Kalau tak jadi dua orang ini balik,
jatuh Kelantan itu.
Jatuh Kelantan, maka perlaksanaan Islam yang kita buat habis di situ sahaja.
Bukan kita kata orang lain tak Islam, tapi kita lebih bersungguh untuk

melaksanakan Islam daripada orang lain. Kita bersungguh-sungguh. Memang
kita nak suruh semua laksanakan Islam belaka, berebutlah, berlumba nak
tegak Islam, tapi sehingga kini kita lebih bersungguh untuk melaksanakan
Islam itu. Dan kita harap kita lebih bersungguh lagi.

(Transkrip oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM
dari Kuliah Dhuha Siri Ke-3 "Dunia Islam Masa Kini" oleh Presiden PAS pada 14
Januari 2018 di Dataran Ilmu Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad
(KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur)

Banner Content
Tags: ,

Related Article

No Related Article

0 Comments

Leave a Comment