وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Dan berbelanjalah kamu pada jalan agama Allah, dan jangan kamu mencampakkan diri kamu ke

dalam kebinasaan.
(al-Baqarah: 195)

Sebab turunnya ayat yang saya baca itu apabila berlaku di zaman Nabi S.A.W,
ada beberapa orang Sahabat (R.A) yang meninggalkan perjuangan kerana
merasakan Islam sudah cukup berjaya, inilah masa untuk jaga kebun, jaga
kedai, jaga binatang. Lalu Allah menurunkan ayat:

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
"Belanjalah kamu pada jalan Allah, jangan kamu campak diri kamu ke

dalam kebinasaan."
(al-Baqarah: 195)

Allah Taala memberi amaran, supaya mereka jangan meninggalkan
perjuangan untuk menegakkan perjuangan Islam. Disuruh mereka
menyumbang perkara yang mereka kasih iaitulah harta mereka untuk
menolong Islam.

Allah Taala menyebut acapkali dalam Quran, menyumbangkan harta lebih
daripada menyumbangkan diri, kerana Allah Taala tahu manusia sayang ke
harta lebih daripada diri. Dan Allah menjanjikan kepada yang
menyumbang fi sabilillah, 700 kali ganda, berbeza dengan sumbangan-
sumbangan yang lain.

Kerana manusia mudah beri sedekah kepada peminta sedekah, mudah beri ke
masjid, mudah beri bantuan kepada mereka yang dapat dilihat dengan mata.
Tetapi menyumbang kepada perjuangan Islam ini, payah nak diberi, dengan
sebab banyak bisikan-bisikan syaitan, gangguan-gangguan syaitan, mari
macam-macam perasaan.

Dan hari ini pula timbul keraguan, adakah pilihan raya, pilihan raya ini ada
dalam ugama Islam? Termasuk dalam ibadat ke? Memang tak sebut dalam
Quran. Quran menyebut tentang haji, tuhan tak sebut naik kapal terbang, cari
pitih untuk naik kapal terbang. Tuhan sebut masjid, tuhan tak sebut, kayu
simen, besi dan sebagainya.

Pilihan raya adalah alat untuk mendirikan kerajaan, mendirikan kerajaan ini
kewajipan yang besar, kewajipan yang Allah Taala isytihar kepada Malaikat
bila Allah nak jadikan Nabi Adam A.S. Tuhan lantik Adam jadi Khalifah,
diisytihar kepada Malaikat.

Khalifah itu ialah politik memerintah negara. Pilihan raya salah satu
daripadanya, walaupun pilihan raya tak disebut dalam kitab-kitab Feqah, tapi
disebut dalam kitab Sirah, disebut dalam kitab Tafsir dan Hadis, apabila Nabi
S.A.W wafat, Nabi tak tunjuk siapa dia ganti dia. Maka Sahabat pilih tiga calon,
Abu Bakar, Saidina Ali, dan Sa’ad Bin Ubadah. Akhirnya Abu Bakar dilantik
jadi khalifah. Itu adalah pilihan raya secara zaman dulu.

Di mana amalan demokrasi yang diamalkan oleh orang Barat, orang Eropah
tak tahu nak buat perubahan, macam mana nak pilih pemimpin negara. Pada
asalnya demokrasi ini adalah dicipta oleh orang-orang Greek di
Athen, democrasi, democratia, ataupun democratos.Dalam bahasa
Greek democratus, bahasa Latin democratia, kuasa rakyat, kuasa orang ramai,
itu makna demokrasi.

Orang ramai diberi hak untuk memilih pemimpin. Oleh kerana orang ramai
tidak faham, termasuk orang Islam tak faham bahawa mengundi memilih
pemimpin, memilih kerajaan satu kewajipan yang besar. Banyak hukum-
hukum syarak, hukum-hukum Allah Taala untuk mengurus orang Islam,
kehidupan orang Islam, mesti ada kerajaan Islam yang memerintah, kerajaan
yang meninggikan hukum Islam, mesti diadakan, ini wajib bagi orang Islam.

Dengan sebab itulah pada hari kiamat kelak, manusia akan dihimpun bukan
sahaja dengan amalan dia, termasuk dengan pemimpin yang dipilih di atas
dunia ini, dibawa pada hari kiamat kelak. Ini tanggungjawab pilihan raya yang
kita kena sedar, yang kita kena faham.

Menyumbang untuk pilihan raya ini ialah untuk memenangkan Islam. Bagi
Terengganu, kita usaha supaya boleh perintah balik negeri Terengganu
kerana kita pernah memerintah dan kita telah meminda Perlembagaan Negeri
Terengganu, hukum yang tertinggi ialah Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias,
masih ada lagi. Tapaknya sudah ada, tapi nak tambah lagi tidak boleh kerana
kita tidak ada kuasa pemerintahan.

Tanggungjawab kita untuk mewujudkan kuasa pemerintahan ini, dalam masa
yang sama kita perlu kuat kerajaan pusat. Kalau boleh menguasai Kerajaan
Pusat. Kalau tak boleh kuasai Kerajaan Pusat, boleh mempengaruhi Kerajaan
Pusat.
Kalau kita boleh 40 kerusi di Parlimen, kerajaan tak boleh nak tubuh kerajaan
melainkan dengan bergantung dengan 40 kerusi ini. Walaupun orang lain ada
100 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan mesti ada 112 kerusi. Parti-parti tak
mampu nak dapat 112 kerusi. 100 boleh, 80 boleh, 88 boleh, sekadar itu
sahaja.

Kalau kita ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat pergantungan
siapa nak tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini, kita ada pengaruh, boleh
minta macam-macam. Dengan 40 kerusi ini, kita boleh tarik sokongan, jatuh
siapa dia, naik siapa dia. Ini dari segi politik, kena faham dari segi politik,
kedudukan politik.

Walaupun dengan 40 kerusi, kita tidak majoriti. Bila 40 kerusi ini kita boleh
menentukan kerajaan. Ini dari segi politik, ini kena mengaji ilmu politik. Orang
mengaji politik tahulah, yang tak mengaji politik tak tahu hal macam ini. Kalau
tak tahu, ikut orang yang tahu. Ini kena faham. Jangan belajar dengan surat
khabar, kena belajar dengan kitab, kena belajar dengan nas-nas yang
dibincangkan oleh ulama kita.

InsyaAllah hari ini kita akan lancarkan tabung derma untuk pilihan raya. Bagi
Terengganu kita nak kerusi kita lebih banyak. Terengganu ini tempat majoriti
orang Islam macam Kelantan, macam Kedah. Kerusi Terengganu, kerusi
Kelantan, kerusi Kedah kena banyak, jadi asas kepada 40 kerusi ditambah
oleh negeri-negeri yang lain.

(Transkrip oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM
dari ucapan Presiden PAS ketika merasmikan Pelancaran Dana 1 Juta Ke Wisma
Darul Iman, pada 12 Januari 2018 di Masjid Rusila, Marang)

Banner Content
Tags: ,

Related Article

0 Comments

Leave a Comment